TASIK DARULAMAN JITRA DAN REVIEW



"A place where your whole family can enjoy bonding time. "

 

Jika anda mempunyai perancangan untuk bercuti ke Alor Setar, Jitra, Pokok Sena, atau Kawasan-kawasan berdekatan dengan 3 daerah ini. Tempat yang perlu anda letakkan dalam “Visit List” adalah "Darulaman Park" atau lebih dikenali sebagai Tasik Darulaman.

 

Tasik Darulaman merupakan sebuah tempat rekreasi yang terletak di daerah Kubang Pasu atau Jitra. Ia merupakan sebuah tempat rekreasi yang diusahakan oleh Bina Darulaman Berhad (BDB).

 

Tempat ini bersih, kemas, luas, mempunyai pelbagai pilihan aktiviti dan tempat ini mudah parking. Masuk ke Tasik Darulaman adalah percuma, dan hanya RM2 dikenakan untuk parking di Kawasan dalam.

 

Tasik Darulaman sememangnya menjadi Kawasan tumpuan bagi warga penduduk Alor Setar, Pokok Sena dan khusunya Jitra. Bila anda melawat tempat ini, antara aktiviti-aktiviti yang anda dan keluarga boleh lakukan di Tasik Darulaman adalah;

 

1) Jogging atau slow walk kelilingi Tasik

2) Berkhelah sambal main wau atau bubble bersama anak-anak

3) Aktiviti Basikal atau menaiki buggy car kelilingi tasik

4) Aktiviti air seperti Kayak dan lake peddle di tasik

5) Playground untuk anak-anak kecil

6) Aktiviti Separa Lasak seperti Flying Fox dan Wall Climbing

 


Tempat ini mesra kanak-kanak, mempunyai laman yang luas untuk kanak-kanak explore dunia mereka. Mereka boleh berjalan, berlari, melompat dengan puas.

 

Namun ibu ayah perlu cakna tentang keselamatan anak-anak mereka sendiri. Ini sangat penting bagi mengelakkan perkara tidak diingin berlaku.

 

Pihak pengurusan Tasik Darulaman juga aktif dalam menganjurkan event-event menarik seperti marathon, pesta lampu, pesta makan dan banyak lagi. Pastikan anda up to date akan event-event yang bakal berlangsung di FB page mereka.

 




Selain aktiviti-aktiviti diatas, di sini juga disediakan adventure trail bagi mereka yang suka aktiviti outdoor dimana anda boleh hiking atau kayuh basikal jenis mountain bike bersama rakan-rakan kaki outdoor. Yuran masuk ke Darulaman Trail hanyalah RM1 sahaja.

 

Di Tasik Darulaman juga terdapat tarikan istimewa iaitu FANTASIA FUNTASTIK AQUAPARK. Disini anak-anak dan ibu ayah boleh mandi sepuasnya dalam kawasan taman tema air. Pasti ia akan menjadi satu memori manis yang diingati.

 

Harga ticket masuk taman tema air ini adalah RM20.47 untuk semua peringkat umur dan bagi kanak-kanak 3 tahun kebawah ianya PERCUMA!. Ada ketikanya ticket boleh dapat serendah RM18 sahaja. Jadi anda perlu cakna akan promosi yang diadakan.

 



Hari minggu kebiasaanya penuh dengan orang, pagi dan petang. Jadi rancang trip anda ke sini sebaiknya.


Bercuti sehari di sini mana ada feel, paling kurang perlu bermalam 1 malam. Jika anda mencari tempat penginapan luar bandar yang selesa, selamat dan segar boleh ke link ini TERATAK AL QARNI

 

Boleh follow channel kami TELEGRAM CHANNEL untuk mendapatkan info-info dan promosi terkini.

Post a Comment

0 Comments