TERATAK AL QARNI : KENANGAN TERINDAH TERCIPTA DI SINI


Mencari tempat percutian yang santai di lokasi yang tenang dan indah? 

Tidak perlu pergi jauh-jauh, di Jitra Kedah ada Teratak Al Qarni!

Terletak di kawasan pendalaman di Wang Tepus, Jitra Kedah dihiasi suasana alam semula jadi yang indah, Teratak Al Qarni menawarkan pakej-pakej percutian murah dan berbaloi untuk anda dan keluarga.

Resort kami mempunyai 10 unit bilik bersambung yang cukup unik, serta 6 chalet bersize sederhana yang selesa. Dewan umum dan kantin juga disediakan bagi mereka yang ingin membuat aktiviti indoor dan aktiviti makan santai.

Setiap bilik dan chalet dilengkapi dengan semua kemudahan yang anda perlukan.

Teratak Al Qarni juga menyediakan kolam renang untuk anak-anak anda bermain air, dan terdapat juga anak sungai sesuai untuk menyejukkan badan anda pada hari musim panas. 

Selain itu, peminat alam semula jadi pasti suka menerokai alam flora dan fauna di sekitar sini dengan aktiviti jungle tracking dan night walk.

Oh ya, kami juga menawarkan pakej ATV adventure ride bagi mereka yang suka aktiviti lasak dan rare. 14 unit ATV sudah bersiap sedia membawa anda meneroka keindahan alam semula jadi.

Sama ada anda ingin berehat santai-santai atau meneroka kawasan dengan aktiviti lasak, kami bersedia membantu anda.

Tempah penginapan dan aktiviti anda sekarang! Nikmati pakej-pakej istimewa kami!


Hubungi Kami: WHATAPP SEKARANG

Ikuti kami di telegram untuk dapatkan info-info terkini: TERATAK AL QARNI

Google Map : LOKASI KAMI

Teaser















Post a Comment

0 Comments