"A place where your whole family can enjoy bonding time. "
Jika
anda mempunyai perancangan untuk bercuti ke Alor Setar, Jitra, Pokok Sena, atau
Kawasan-kawasan berdekatan dengan 3 daerah ini. Tempat yang perlu anda letakkan
dalam “Visit List” adalah "Darulaman Park" atau lebih dikenali
sebagai Tasik Darulaman.
Tasik
Darulaman merupakan sebuah tempat rekreasi yang terletak di daerah Kubang Pasu
atau Jitra. Ia merupakan sebuah tempat rekreasi yang diusahakan oleh Bina
Darulaman Berhad (BDB).
Tempat
ini bersih, kemas, luas, mempunyai pelbagai pilihan aktiviti dan tempat ini
mudah parking. Masuk ke Tasik Darulaman adalah percuma, dan hanya RM2 dikenakan
untuk parking di Kawasan dalam.
Tasik
Darulaman sememangnya menjadi Kawasan tumpuan bagi warga penduduk Alor Setar, Pokok
Sena dan khusunya Jitra. Bila anda melawat tempat ini, antara aktiviti-aktiviti
yang anda dan keluarga boleh lakukan di Tasik Darulaman adalah;
1)
Jogging atau slow walk kelilingi Tasik
2)
Berkhelah sambal main wau atau bubble bersama anak-anak
3)
Aktiviti Basikal atau menaiki buggy car kelilingi tasik
4)
Aktiviti air seperti Kayak dan lake peddle di tasik
5)
Playground untuk anak-anak kecil
6) Aktiviti Separa Lasak seperti Flying Fox dan Wall Climbing
Tempat
ini mesra kanak-kanak, mempunyai laman yang luas untuk kanak-kanak explore dunia
mereka. Mereka boleh berjalan, berlari, melompat dengan puas.
Namun
ibu ayah perlu cakna tentang keselamatan anak-anak mereka sendiri. Ini sangat
penting bagi mengelakkan perkara tidak diingin berlaku.
Pihak
pengurusan Tasik Darulaman juga aktif dalam menganjurkan event-event menarik
seperti marathon, pesta lampu, pesta makan dan banyak lagi. Pastikan anda up to
date akan event-event yang bakal berlangsung di FB page mereka.
Selain
aktiviti-aktiviti diatas, di sini juga disediakan adventure trail bagi mereka
yang suka aktiviti outdoor dimana anda boleh hiking atau kayuh basikal jenis
mountain bike bersama rakan-rakan kaki outdoor. Yuran masuk ke Darulaman
Trail hanyalah RM1 sahaja.
Di
Tasik Darulaman juga terdapat tarikan istimewa iaitu FANTASIA FUNTASTIK
AQUAPARK. Disini anak-anak dan ibu ayah boleh mandi sepuasnya dalam kawasan
taman tema air. Pasti ia akan menjadi satu memori manis yang diingati.
Harga
ticket masuk taman tema air ini adalah RM20.47 untuk semua peringkat umur dan
bagi kanak-kanak 3 tahun kebawah ianya PERCUMA!. Ada ketikanya ticket boleh
dapat serendah RM18 sahaja. Jadi anda perlu cakna akan promosi yang diadakan.
Hari
minggu kebiasaanya penuh dengan orang, pagi dan petang. Jadi rancang trip anda
ke sini sebaiknya.
Bercuti
sehari di sini mana ada feel, paling kurang perlu bermalam 1 malam. Jika anda
mencari tempat penginapan luar bandar yang selesa, selamat dan segar boleh ke
link ini TERATAK AL QARNI
Boleh
follow channel kami TELEGRAM CHANNEL untuk mendapatkan
info-info dan promosi terkini.
0 Comments